top of page

Ummiku Sangkut Di Bilik Bedah

(siri Ummiku seorang doktor bahagian 4)

Hari Selasa paling tak best sebab Ummi kena keluar pergi kerja awal sebelum pukul 7 pagi. ummi cuma peluk dan cium saya dan terus bye-bye. Ummi bagi tahu abi sebelum keluar rumah "Tolong ambik Harith ye petang karang kalau Sayang stuck kat OT..." Setiap hari Selasa ummi punya hari pembedahan elektif. Jadi, ummi kata kena pergi buat 'ward round' dulu sebelum masuk OT... kadang saya marah jugak, ummi ni HO ke Specialist nak terpacak kat ward tu pukul 6.30 pagi buat round. Petang Selasa semua kawan-kawan nursery dah balik. Tunggu punya tunggu ummi tak ambik pun saya... nak dekat pukul 7 malam abi sampai dan kata ummi masih buat pembedahan. Nak dekat pukul 10 malam baru ummi sampai. Saya pun dah minum susu EBM abi bagi... dah mengantuk nak tidur. Saya nampak ummi masukkan 2 botol EBM dalam freezer... Banyak tu je dapat dari pukul 6.30 pagi sampai pukul 10 malam kerja? Macam mana nak tahan lagi setahun ni. Saya baru umur setahun. Ummi kata operation panjang dan ada komplikasi. Sempat EBM sekali sahaja pukul 10 pagi. Lepas tu terus masuk buat pembedahan dari pukul 11 pagi sampai 9 malam. Keluar solat jamak tammam (4 rakaat zohor dan 4 rakaat asar) sekejap dan terus sambung balik operation. Makan tengah hari pun tak mandang. Sekarang ummi tengah usaha nak tambah balik susu. Power pumping waktu tengah hari dan waktu malam. Bantu sikit dengan ubat. Tapi untuk bagi induce sikit aje. Itu pun umur saya dah setahun lebih baru ummi ambil ubat. Ingat, kalau nak ambil ubat kena atas nasihat dan pantauan doktor. Jangan pakai belasah. Ummi saya tak apa... ummi kan doktor (Jangan kata ummi saya tak payung).

29 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page