top of page

Ummiku Seorang Doktor

Sebuah siri jurnal penyusuan susu ibu secara eksklusif buat ibu berkerjaya.

Hari ini ummi hantar saya ke nursery seperti biasa. Tetapi ummi peluk saya kuat-kuat sambil kata “hari ni balik dengan abi ye, esok kita jumpa...” Ummi kata ummi oncall. Yang saya tahu kalau ummi oncall, malamnya ummi tak balik. Tak dapat bau ummi, tak dapat peluk ummi. Kalau lapar waktu malam saya kena nangis extra kuat nak kejutkan abi.


Tapi kena tunggu jugak 10 minit sebelum susu dipanaskan dan sumbat pada mulut saya. Kalau dengan ummi, saya merengek sikit je terus dapat susu. Abi pun tidur lena sepanjang malam. Paling-paling pun abi tanya berapa kali ummi bangun menyusukan saya malam tadi. Saya tahu ummi saya sibuk sebab ummi jaga pesakit di hospital, tapi saya tak pernah minum susu formula sepanjang 10 bulan ni. Ummi perah juga susu waktu oncall. Ummi penat tengah malam pun, ummi sanggup tahan mata perah susu sebelum boleh terlelap sebab ummi teringatkan saya.


Ummi akan mainkan video rakaman saya dan tengok gambar saya sambil EBM (istilah untuk perah susu = Expressing Breast Milk). Ummi kata nak pastikan saya diberikan susu ibu sampai umur saya 2 tahun disamping makanan tambahan yang ummi juga masak sendiri. Kadang-kadang saya nak merangkak tengok apa ummi buat di dapur, tapi ummi dah arahkan kakak-kakak saya jadi bodyguard dan duduk diam-diam dalam kepungan mereka. Ummi sibuk di dapur basuh botol-botol simpanan susu EBM dari nursery.


Rendam dulu dalam cecair khas sebab lemak susu melekat kuat pada botol tak macam botol dengan susu formula yang lebih senang dicuci. Lepas tu ummi basuh dan sterile kan pula. Lepas tu ummi simpan untuk dibawa ke hospital dan guna untuk simpan EBM lagi. Lewat malam atau awal pagi, ummi akan keluarkan susu EBM dari peti sejuk beku (freezer) ke peti ais biasa bagi mencairkan susu secara berperingkat untuk mengekalkan kandungan nutrisi.


Kemudian ummi pindahkan dalam beg nurseri. Di nurseri ummi keluarkan susu dan pindahkan pula ke peti ais nursery. Makanan saya pun sudah siap di sejuk bekukan pada hujung minggu, dikeluarkan untuk dinyahbeku dan ummi panaskan sekali lagi serta gebukan semula dengan garfu. Kadang-kadang ummi sibuk sangat dengan buat pembedahan dan tak sempat EBM, ummi qada’ dengan power pumping. Ummi pun bukan kena layan saya sorang. Kakak-kakak saya nak buat homework atau ulangkaji nak ujian pun datang cari Ummi.


Kacau daun je saya tengah seronok direct feeding lepas seharian duduk nursery minun EBM. Abi pun banyak tolong ummi waktu oncall. Abi cuba tenangkan saya sambil tunggu susu EBM capai suhu yang bersesuaian. Kalau abi saya tak sabar, tentu dah bancuh susu formula, lagi cepat abi boleh tidur balik. Terima kasih ummi dan abi kerana cuba memberikan yang terbaik untuk saya dalam permulaan hidup saya. Lupa pulak nak cakap, ummi saya tak ambik apa-apa 'supplement' khas, cuma kena disiplin untuk pam aje... Penyusuan susu ibu adalah satu cabaran yang besar buat ibu berkerjaya, terutama yang bekerja tidak tentu masa dan terpaksa berjauhan dengan bayi bagi tempoh yang lama. Kuatkan semangat dan banyakkan berdoa supaya dipermudahkan perjalanan penyusuan anda. (artikel ini di tulis sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 1-7 Ogos)

34 views0 comments
bottom of page