top of page

Pergaduhan sihat anak-anak...

Episode 1 (versi 'tiny tots') Berebut ultraman waktu mandi pagi. Sorang bawak masuk ultraman dalam bilik mandi, mulalah sorang lagi pakat nak rampas aje. Sebab kecil lagi tak banyak vocab, pergaduhan berbunyi argh dan urgh saja. Sedikit fizikal kerana resam anak jantan agaknya. Ummi suruh pergi ambil ultraman ke ironman yang lain. Tak jumpa apa-apa man pun, dapat Cars, jadi la. Asalkan jangan berebut nak mandikan ultraman yang satu tu sudah. Kalau ambik mainan elektronik berbateri bawa mandi lagi parok. Episode 2 (versi 'teenagers') Meminjam pen berwarna warni untuk 'home work mind map' tanpa izin. Pergaduhan apabila sudah banyak ilmu ini akan lebih hujahan berfakta. Termasuk kiraan prinsip akaun debit kredit, harga kos dan sebagainya. Berapa harga pen berwarna-warni sebatang.. kenapa tak simpan duit belanja beli sendiri.. dan pecah rahsia yang lebih duit tu rupanya tak bayar duit bulanan kutipan kelas. Tuan punya dipujuk agar benarkan alatannya dipinjam. Ada sebahagian yang diizinkan, sebahagian lagi tidak atas sebab warna kegemarannya tak mahu cepat dihabiskan. Yang meminjam perlu hormat hartabenda tuan punya. Kalau ada sebahagian yang tak diberi izin untuk dipinjam, kena redhalah. Selepas guna simpan semula ditempatnya. Yang tak bayar duit kelas diingatkan supaya Amanah dengan tanggungjawab itu. Anak-anak bergaduh tu tandanya mereka sihat, kepala masing-masing ligat mencari bahan dan alasan untuk menang perbalahan. Sebagai ibu, cuba bertindak sebagai pemudahcara dan pengaman PBB. Lepas bergaduh, minta maaf semula, hormat menghormati dan ajarkan berkongsi. Riuh rendah rumah ummi. Momen ini saya selami dan nikmati sepenuhnya. Satu masa nanti mereka akan meninggalkan sarang ini. Meninggalkan detik yang bakal dikenang dan menerbitkan rasa rindu. Naga Nightfury Toothless dan Lighfury yang bergaduh keluar api dari mulut pun boleh berbaik, ini kan pula adik beradik kan.


10 views0 comments

Recent Posts

See All

©2019 by Ummi Oncall Disini. Proudly created with Wix.com

bottom of page